Wednesday, February 27, 2008

Kulim Town :- Sejarah Pekan Kulim - Malay Version

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok.

Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang.

Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim". Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat.


Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British.

Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.

Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering di tubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah.

Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786.

Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.


Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim.


Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957.

Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.



Bagi memastikan pembinaan Jam Merdeka Kulim dapat disiapkan mengikut jadual maka sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan iaitu :-

Tuan Syed Osman Syed Mohammad Idid - Pengerusi (Pegawai Daerah Kulim / YDP Majlis Bandaran Kulim)
En Mohammad Shakaff b Hussin - Bendahari
En. mansur Hj Ahmad - Setiausaha
Ketua Polis Kulim
En B. G. Philips, JP
En. Chew Chin Hooi, JP
En. Soon Cheng MEng, JP
En. M.Y.Samsudin, JP
En. Khor Seng Guan
En. Moey Chong Yen
En. R. Themuligan

Kos Pembiayaan Jam Merdeka Kulim Dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapau kemerdekaan dari penjajahan British.

Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.



9 Comments:

Blogger Bill D'berg said...

Caught you.
How are things? How is your mum? I hope she is fine.
Please make contact.

7:07 PM  
Blogger Bill D'berg said...

http://stpatskulim.blogspot.com/

Try this one.

Any contribution from you?

I have to find time to go through your blog. Too busy lah

Bill

1:31 PM  
Blogger second generation. said...

Menarik Sejarah Pekan Kulim ni.
Mengikut sejarah keluarga saya Datuk nenek saya yang bernama Wan Arshard dan Wan Yahaya yang membuka daerah Kulim ni. Mereka datang dari Patani yang di serang dan di tawan oleh Siam. Saya merupakan keturunan yang kelima. Pokok beringin yang ada di perkarangan mahkamah(tak pasti masih ada ka tidak)di tanam oleh Wan Arshard. Kulim merupakan tempat persembunyian Raja Kedah semasa Kedah diserang oleh Siam. Ianya telah dinamakan kampung lindungan Raja. Cerita lama.. saya pun dapat tahu dari orang-orang tua yang sekarang ni mereka menetap di daerah Sedim.

1:51 AM  
Blogger Unknown said...

hey secon generation nice info.
Yeah i know there is jalan wan arshad in kulim. do you know why it call patani.coz the people is pathan come from peshawar border to afghanistan. these people having green eyes. like raj kapoor and the kapoor family all they are pathan

5:21 PM  
Blogger I-MART [KEDAI SERBANEKA] said...

maklumat sejarah kulim yg tak pernah saya baca/dengar sebelum ni. setakat yg saya tahu ialah pada tahun 1941 Jepun menyerang Malaya,dan bila nak serang Kedah , masa tu Sultan Kedah telah di bawa berlindung di Kg Lindungan Raja, Sedim bersama2 dengan Tunku Abdul Rahman ... dia jadi DO Kulim pada masa tu. Orang2 kampung termasuk bapa saya juga menjadi 'Home Guard" menjaga Sultan dan Tunku dari serangan Jepun selama seminggu di Sedim. Maka sehingga sekarang masih ada rumah peninggalan dan Kg Lindungan Raja, Sedim. Rumah tersebut merupakan rumah Penghulu Yasin [sekarang diwariskan kepada Paksu pie] iaitu pak saudara saya.
Pada Tahun 1978 [kalau tak salah ingat] Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kg Sedim dan melawat serta merasmikan Kg Lindungan Raja , Sedim . [dulu kami orang sedim namakan Kg Tengah]

Saya sedang mencari jaringan Orang Kulim / Baling dalam facebook saya . Mari sama2 kita join.
http://www.facebook.com/group.php?gid=300888560068&ref=ts

12:40 AM  
Blogger Unknown said...

Saya juga sedang mencari salur galur keterunan orang2 kulim yang ada sangkutan dengan keturunan orang petani di Kedah / Kulim.
jika ada maklumat sila berkongsi di "the Kulim-Baling Origin" facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=300888560068&ref=ts

12:44 AM  
Blogger Deen said...

Hi Sir,

i would like to correct an error in your article.

"En Mohammad Shakaff b Hashim - Bendahari" instead of Mohammas Shakaff bin Hussin....

He was my grandfather and at that time, i believe that he was the ADO there...

I used to live in kulim until i was 15 years old. My childhood memories were all in Kulim.. Kulim holds a pecial place in my heart...

Thanks for the info in this blog. Keep up the good work.. :)

Cheers,
Deen Adeeb

2:07 AM  
Blogger Homestay An-Nur said...

tumpang tanya.. ada siapa2 yang tahu sejarah Penghulu Elang di Kulim..
email kat saya..clock2080@gmail.com..saya generasi ke tujuh penghulu elang atau namanya Hj Long Mat.. ..by the way blog yang sangat menarik..

8:13 AM  
Blogger Unknown said...

Assalaimualaikum,
My name is Adie Suri Zulkefli, a journalist with the NST.
i found this blog while surfing for info on the history of Kulim.
Just want to share our NST Life&Times video about the history of Tunku Abdul Rahman and Kulim.
Feel free to watch this short-film at http://www.youtube.com/watch?v=iez3jR1Tfkk

hope this film is a useful reference to Kulim folks and those who wishing to learn about the history of Kulim and Tunku.

Thank You.

4:26 AM  

Post a Comment

<< Home